Tajuk berita:
Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CUEPACS
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.
Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.
"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.
Ini isu yang tak patut la dibesar-besarkan. Semua pegawai kerajaan pun faham. Yang tak faham tu, pasal dia pun tak sokong kerajaan. Tapi makan gaji dengan kerajaan. Ini sepatutnya jadi masalah besar. Yang makan gaji dengan kerajaan, tak sokong kerajaan kena BERHENTI KERJA. baru kena gaya...
Lagi satu berita..tolong baca.
Royalti: Kelantan panggil Tengku Razaleigh perjelas perjanjian..
KOTA BHARU, 12 Nov: Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.
''Saya mendapat persetujuan itu dua hari lalu semasa di Parlimen dan Ku Li akan bersama dalam ceramah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.
Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.
Komen: Bila nak duit, riuh sekampung...Bila dapat duit nanti, riuh kata tak cukup pulak
Webmasters Earn Money Here!


No comments:
Post a Comment