Tuesday, February 2, 2010

KOSONGKAN KERUSI DUN

ZAMBRY CABAR NIZAR!

Petikan dari sebuah akhbar: Kosongkan kerusi DUN sebagai bukti dahulukan rakyat.

Mengikut YAB. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai berkata:
"Beliau dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat patut kosongkan semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk buktikan rakyat di negeri ini masih menyokong mereka."

Ini suatu cabaran yang paling hebat kepada bekas MB Perak. Kalau sebelum ini, bukan main beria-ia dan "tergila-gila" beliau untuk membubarkan DUN supaya diadakan pilihanraya DUN Perak tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi kepada rakyat Perak.Pilihanraya memerlukan ratusan juta ringgit untuk penyelenggaraan. Alangkah baiknya kalaui peruntukan itu digunakan untuk kebajikan rakyat. Tapi, sekarang sudah ada cabaran, kalau YB Nizar hendak "test market" boleh juga.

Saturday, January 30, 2010

CERITA MESIN AMBIL WUDUK

Mesin Berwudhuk Automatik Kini Di Malaysia

Posted: 28 Jan 2010 07:49 PM PST
Malam tadi Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan alat berwudhuk secara outomatik hasil ciptaan rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini saya pernah postkan mengenai mesin berwudhuk outomatik di selangor2u tetapi itu mungkin di negara arab bukan di ...

This Is summary content only, Visit Blog member for full content...Thanks by supporting selangor2u Dot Com

Thursday, January 21, 2010

SOKONGAN MEROSOT

SEBILANGAN BESAR rakyat Perak terpengaruh dengan mainan isu boneka, derhaka kepada Sultan.. Kenyataan ini perlu dibuktikan dengan fakta dan data yang sahih, dan bukannya andaian atau "telekan Nujum Pak Belalang".

Kenyataan penuh bekas MB Perak dalam Sinar Harian (21 Januari 2010) berbunyi:

"Krisis yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri.Jika itu dibuat, kami yakin Pakatan Rakyat menang kerana sokongan rakyat tidak luntur.."

Soalnya sekarang, Pakatan Rakyat sudah dengan jelas kehilangan majoriti di dalam DUN Perak yangb bererti PR kehilangan taraf sebagai pemerintah atau kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya "sudah jelas lagi bersuluh" kepada pembakang dan penyokongnya. Sepatutnya semua orang sudah "mencelikkan mata denganbesar-besar" dan bukan berdolak-dalik mengatakan itu dan ini, bak seni kata lagu Allahyarham P.Ramlee:

Buang yang keruh, ambil yang jernih..baru teguh peribadi..

Kenyataan pun berbelit-belit:
Pertama, katanya ..

"Sokongan orang Melayu terhadap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di Perak diakui merosot terutama di kawasan-kawasan pedalaman."

Kedua, pula berbunyi:

"Bagaimanapun, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap PR masih tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan kami yakin menang"


Kenyataan lain yang perlu diteliti secara berhemah:

"Paling penting, kita mahukan rakyat negeri Perak diberikan demokrasi, maknanya sistem demokrasi itu tidak dirampas untuk memilih kerajaan yang betul".


Suatu lagi kenyataan yang berkemungkinan boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran rakyat Perak. Pihak berwajib perlu melihat dengan mendalam pernyataan berikut:

"Ini sebenarnya menggambarkan dengan jelas perjumpaan dengan Tuanku ada menceritakan mengenai pilihan raya di Perak yang akan dilkasanakan dalam masa terdekat ini."

Mari kita renung sedalam-dalamnya, atau kita imbas kembali suatu ketika dulu (sekitar 10 bulan yang lalu) keadaan di negeri Perak begitu kucar-kacir sehingga ada rakyat Malaysia negeri lain tidak berani datang ke Perak. (Suatu ketika terkenal dengan ilmu santau). Sekarang ini, kalau dilihat baik-baik dengan mata kasar atau mata halus, negeri Perak sudah aman dan tenteram. Tidak timbul lagi percanggahan pentadbiran dan kerenah birokrasi. Rakyat Perak sudah belajar dari pengalaman. Kalau benar-benar berlaku pilihan raya, pastikah keamanan, ketenteraman dan keharmonian ini akan kekal dan terpelihara?

Kalau hendak diikutkan perasaan puas hati, sampai bila dan ke mana pun tetap tidak akan dapat, selagi ia dinamakan manusia. PRU 13 sudah pun menjenguk-jenguk, terlihat sinarnya memancar tidak lama lagi. Bersabarlah seketika demi rakyat. Kadang-kadang bila terlalu yakin pun mungkin akan terjadi sebaliknya. Ibarat dalam permainan sukan, pasukan handal pun ada yang kalah dengan pasukan kerdil. Fikir-fikir lah!

KRISIS DI NEGERI SELANGOR:

Sudah cukup menjadi iktibar kepada rakyat. Macam-macam hal dan peristiwa berlaku. Ketahuilah, rakyat sebenarnya ingin hidup tenang, aman dan harmoni dan bukannya dikerah untuk menghadapi peristiwa hairan dan pelik yang dilaporkan di akhbar dan media massa yang lain. Mereka sudah melaksanakan tanggungjawab memilih pemerintah. Rakyat pun sudah jelak dan muak. Kalau 5 tahun dahulu, tiada pun masalah besar-besar seperti krisis pengagihan kuasa, pertikaian keadilan di mahkamah, penyelewengan dan rasuah, percanggahan agama dan kaum, reformasi jalanan dan sebagainya. Baru tidak sampai separuh penggal sudah ada macam-macam..Ini pula hendak diberi mentadbir sepanjang zaman. Fikir-fikirlah!!

(Ini adalah pandangan peribadi penulis)

Tuesday, January 19, 2010

BUKAN BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI

Today's Story- 19-01-2010


Pertemuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof dengan DYMM Seri Paduka Sultan Perak baru-baru ini sebagai kunjungan tanda hormat di atas perlantikan beliau yang diperkenan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Yang tidak menyeronokkan pada kita semua ialah pertemuan ini telah dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai petanda awal pembubaran DUN Perak. Kadang-kadang ini yang membuatkan kita semua akan tergelak besar, kerana ada-ada sahaja peristiwa atau berita yang hendak disensasikan. inilah suatu taktik pihak-pihak berkenaan untuk mengeruhkan suasana aman dan harmoni di negeri Perak (negeri kesayangan saya..). Bak kata orang Kuala.."Teman tak gemo rupe ini, weh!"

Lawati laman ini untuk tambah maklumat dan pengetahuan.
Permulaan Sebuah Perjuangan

Berita lain


Selesaikan masalah rakyat dalam 14 hari.


Ini adalah merupakan arahan YAB Menteri Besar Perak (kerajaan sekarang), Datuk Seri Dr.Zambry bin Abdul Kadir kepada semua pemimpin, ahli YB dan jabatan kerajaan. Setiap aduan rakyat mesti diberi jawapan dalam masa 2 minggu (14 hari).
Gaya seorang pemimpin


Ada yang menganggap ini sebagai suatu yang sukar dilaksanakan kerana menghadapi masalah kewangan. Mengapa soal kewangan????

YAB Datuk Seri Dr.Zambry melayan pemberita


Respons pada ruangan 7minit-Sinar Harian


Dipendekkan cerita- bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri MNJ berkata:
..hendak melihat terbinanya bangunan pencakar langit sebagai tanda pembangunan dalam tempoh 10 tahun memerintah adalah sesuatu yang amat mustahil. Sesiapa pun tidak akan mungkin dapat lakukan itu. Tetapi beliau mengakui cukup bangga kerana dalam tempuh 10 bulan kerajaan PR mampu mengubah "mind-set" rakyat. Semua bangsa, semua agama dapat duduk semeja, berganding bahu dan mampu membawa wawasan ke satu arah yang sama.

.......Itu situasi yang saya lihat masih lagi membelengu rakyat Perak malah mereka terus dibayangi dengan kemelut p[olitik yang belum ada kata putus.


Pada pandangan peribadi saya, apakah dengan terbinanya bangunan pencakar langit sahaja yang dikatakan sesebuah negeri, negara atau masyarakat itu membangun. Apakah ini sahaja sebagai KPI (Key Performance Indicator) pembangunan negara atau negeri khususnya di Perak? Bagi saya, pandangan ini amat dangkal kerana kita menuntut pembangunan insan yang menyeluruh mencakupi aspek-aspek sosio-budaya, adat, moral dan tata susila bangsa. Kita hari ini telah dihuru-harakan dengan pelbagai karenah politik, kejatuhan kredibiliti raja-raja Melayu, institusi raja tidak lagi dihurmati secara total,reformasi jalanan berlaku berleluasa, budaya saman-menyaman tidak habis-habis di mahkamah.

Sampai ke hari ini, rakyat Perak sudah jelas, faham dan akur. Tidak timbul lagi persoalan "belum ada kata putus". Biarlah kita tunggu PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang. Sekarang ini pun, oranmg-orang Perak sudah tahu untuk memilih.

"Duduk semeja" sememangnya sudah wujud sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Bukannya hari ini baru timbul soal persefahaman kaum, cuma yang menjadi masalah ialah isu persefahaman ini telah diputar belitkan secara halus, terutamanya kepada generasi muda yang masih buta sejarah. Akibatnya, hilang rasa hormat terhadap bangsa dan agama, khususnya agama Islam. Soalnya sekarang, siapakah yang menimbulkan perkara-perkara ini. Lantaran, mahu mengambil hati kaum-kaum lain, perasaan taat setia digadaikan, bangsa sendiri diabaikan. Inikah yang dikatakan mengubah mind-set.


Merenung kembali blog ke blog


Bicara Nobisha

Politik muafakat yang diutarakan di dalam blog ini amat saya setuju. Sebenarnya, inilah yang rakyat harapkan sangat. Kesepakatan Melayu-Islam amat penting terutamanya dalam isu keagamaan. Tapi, apa yang terjadi sekarang menampakkan ketidaksepaduan antara bangsa Melayu lantaran perbezaan fahaman politik. Kita sebenarnya sedang "dipermainkan" oleh rakan yang kita sangkakan "kawan". Janganlah berpolitik sampai agama dan bangsa tercicir. Usah amalkan politik kebencian, kutuk mengutuk. Kita yang rugi..

OneTravel.com Presidents Day  300x250

Monday, November 23, 2009

IMPIAN (DREAM)

Dalam penghidupan kita seharian, kita tidak pernah lari atau tidak akan dapat lari dari memasang impian atau DREAM. Tidak menjadi kesalahan untuk membina impian kita, malah ianya menjadi suatu keperluan psikologi jika kita ingin berjaya dalam hidup. Semenjak kecil kita dipasangkan impian oleh ibu-bapa kita. "Sudah besar nanti nak jadi apa?" Inilah pertanyaan yang lazim diajukan oleh ibu atau bapa kepada si anak apabila dewasa nanti. Maka inilah yang dikatakan impian atau biasanya dipanggil juga CITA-CITA atau AMBITIOUS.





Inilah RUMAH IMPIAN saya


Saya mempunyai impian atau "dream" yang sangat tinggi. Ada orang mungkin mengatakan saya orang gila. Tetapi, tidak mengapa kerana orang gila tidak mempunyai impian. Atau pun, orang yang gila itu sebenarnya ia gagal dalam menggapai impiannya.

OneTravel.com Presidents Day  300x250

Melalui internet, sebenarnya kita boleh mencapai impian kita. Anda juga boleh melakukannya. Apakah impian anda? Impian saya adalah untuk menjadi JUTAWAN dalam masa 5 tahun akan datang bermula Januari 2010 hingga Disember 2015. Insyaallah kalau dipanjangkan umur. Tidak mustahil melalui pemasaran internet cita-cita saya dan anda akan tercapai. Cuma yang penting dan perlu dilakukan ialah MINAT, BELAJAR, USAHA dan BERDOA. Anda boleh join affiliate program yang berlambak di dunia internet. Anda mesti bijak memilih. Anda boleh cuba di sini:

Belajar SEO

Wedding ring

(Kiriman anak saudara..)

Why the wedding ring should be put on the fourth finger??



Thumb represents parents
Second finger represents brothers & sisters
Center finger represents own self
Fourth finger represents your partner
Last finger represents your children
Really interesting

Why the wedding ring should be put on the fourth finger??
Pls read the following, you may not believe that really god made this a miracle (this is from a Chinese excerpt) but still interesting!

Firstly, join your palms as shown in photo below, center finger bend and put together back to back
Secondly, let the rest of the 4 fingers touch tips to tip
Game begins, follow the instructions below for all the 5 fingers but only 1 pair can split.
OneTravel.com Presidents Day  300x250

CERITA BARU ANAK SAUDARA

(Catatan ini adalah kiriman seseorang.. Saya edit untuk tatapan umum.)

Lawatan Ke Pondok Pak Teh
19hb. Mac, 2009 aku, MSK dan Ummi keluar seawal 6:45 pagi untuk satu temu janji dengan seorang yang bertaraf Ulama di sebuah Sekolah Pondok yang terletak jauh nun di ceruk Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu.

Temu janji dibuat untuk mendapatkan cerita dan maklumat sebenar berkenaan Pondok Pak Teh yang sering diceritakan dalam ceramah-ceramah (seorang tokoh yang sering menimbulkan masalah) dalam sessi Jelajah Perak.(dulu la masa ......)

Jam 7:15 pagi kami sampai di Tol Kuala Kangsar menunggu Ustaz X selaku Pengarah Urusetia Penerangan yang mengatur pertemuan kami dengan Pak Teh sejak 2 minggu lepas.

Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pelajar Pondok Pak Teh yang sedia menunggu manakala KRU rakaman telah tiba lebih awal seawal jam 8:00 pagi. masuk saja dalam Dewan Kelas Pondok Pak Teh, terus saja kami disambut oleh Pak Teh yang kelihatan masih segar walaupun agak berumur (aku tak reti nak agaak umur Pak Teh, korang agak-agak je la...)

Sessi temubual dimulakan tanpa mengambiil masa yang lama dan Ustaz X mengambil tugas menemubual Pak Teh, Mr.K sebagai jururakam video dan aku pulak tukang kelip-kelip flash. Miss U pulak sekali-sekala menyampuk dalam temubual tersebut.


Banyak cerita Pak Teh tentang dirinya sendiri, asal usuk Pak Teh, pendidikan awal, macam mana Pak Teh bermusafir menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh lama, bermulanya Pondok Pak Teh dan matlamat penubuhan Pondok Pak Teh, kejayaan-kejayaan Pondok Pak Teh melahirkan generasi-generasi baru yang sekarang menjadi "seseorang" dalam pentadbiran negeri dan negara.

Pak Teh jugak bercerita panjang tentang hal-hal yang berlaku di Pondok yang diasaskannya dan beberapa masalah yang dihadapi oleh pondok berkenaan ....

Pak Teh juga bercerita panjang tentang bagaimana usaha Pak Teh untuk mendapatkan tanah seluas 45 ekar berhampiraan sekolah pondoknya telah disempurnakan oleh kerajaan..

Kami jugak dibawa melawat kawasan sekitar pondok Pak Teh yang menempatkan lebih kurang 350 pelajar dalam 1-1 masa.

Di Pondok Pak Teh, para pelajar bukan sahaja diajar hal-hal berkaitan agama tetapi juga dididik supaya berdikari. Pelajar-pelajar ditempatkan didalam pondok masing-masing dan disitulah mereka perlu belajar bagaimana menguruskan kehidupan seharian mereka sendiri.

Mereka 100% dididik supaya berdikari dari awal subuh hinggalah waktu tidur perlu diuruskan sendiri dengan tunjuk ajar tenaga pengajar dan pelajar-pelajar senior.

Do Pondok Pak Teh, tidak ada siapa akan membasuh baju, memasak, mengemas tempat berteduh, membaiki pondok sekiranya rosak. semuanya perlu diuruskan sendiri. masak sendiri, makan sendiri. baju sendiri, basuh sendiri. semua ini dilakukan untuk membentuk jatidiri dan 1 generasi yang tidak bergantung kepada sesiapa kecuali pada Allah.

Para pelajar di Pondok Pak Teh juga diajar asas kehidupan, bagaimana mencari rezeki dari titik peluh sendiri. mereka bebas untuk bercucuk tanam di tanah yang dimiliki oleh Pak Teh hasil pusaka arwah mentua Pak teh.
Tanah luas terbentang dekat belakang sekolah tu lah yang sekarang dah jadi hak milik Pak Teh sampai bila-bila dengan bantuan Kerajaan

Kami berpeluang melawat kebun yang diusahakan oleh para pelajar Pondok Pak Teh. macam-macam yang diusahakan daripada ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan diusahakn dimana hasilnya dijual untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan.

Tanah berdekatan seluas 45 ekar yang dululuskan oleh Kerajaan dan dalam perancangan untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit yang hasilnya nanti akan digunakan untuk membangunkan lagi Pondok Pak Teh dalam usahanya memartabatkaan lagi dan melahirkan lebih ramai ilmuan-ilmuan Islam di Malaysia.

Itu sedikit sebanyak cerita tentang Pondok Pak Teh...

Kebanyakan tenaga pelajar di Pondok Pak Teh ialah pelajar-pelajar senior dari Pondok Pak Teh.

Pondok PAK TEH ini letaknya di Pengkalan Hulu, Perak, tidak berapa jauh dari Gerik. Lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta sampailah. Jaraknya lebih kurang 50 km. Pengkalan Hulu adalah di bawah DUN YB. Seri Tajol Rosli (Bekas MB Perak dahulu).
Live Chat software


OneTravel.com Presidents Day  300x250