Thursday, January 21, 2010

SOKONGAN MEROSOT

SEBILANGAN BESAR rakyat Perak terpengaruh dengan mainan isu boneka, derhaka kepada Sultan.. Kenyataan ini perlu dibuktikan dengan fakta dan data yang sahih, dan bukannya andaian atau "telekan Nujum Pak Belalang".

Kenyataan penuh bekas MB Perak dalam Sinar Harian (21 Januari 2010) berbunyi:

"Krisis yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri.Jika itu dibuat, kami yakin Pakatan Rakyat menang kerana sokongan rakyat tidak luntur.."

Soalnya sekarang, Pakatan Rakyat sudah dengan jelas kehilangan majoriti di dalam DUN Perak yangb bererti PR kehilangan taraf sebagai pemerintah atau kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya "sudah jelas lagi bersuluh" kepada pembakang dan penyokongnya. Sepatutnya semua orang sudah "mencelikkan mata denganbesar-besar" dan bukan berdolak-dalik mengatakan itu dan ini, bak seni kata lagu Allahyarham P.Ramlee:

Buang yang keruh, ambil yang jernih..baru teguh peribadi..

Kenyataan pun berbelit-belit:
Pertama, katanya ..

"Sokongan orang Melayu terhadap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di Perak diakui merosot terutama di kawasan-kawasan pedalaman."

Kedua, pula berbunyi:

"Bagaimanapun, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap PR masih tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan kami yakin menang"


Kenyataan lain yang perlu diteliti secara berhemah:

"Paling penting, kita mahukan rakyat negeri Perak diberikan demokrasi, maknanya sistem demokrasi itu tidak dirampas untuk memilih kerajaan yang betul".


Suatu lagi kenyataan yang berkemungkinan boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran rakyat Perak. Pihak berwajib perlu melihat dengan mendalam pernyataan berikut:

"Ini sebenarnya menggambarkan dengan jelas perjumpaan dengan Tuanku ada menceritakan mengenai pilihan raya di Perak yang akan dilkasanakan dalam masa terdekat ini."

Mari kita renung sedalam-dalamnya, atau kita imbas kembali suatu ketika dulu (sekitar 10 bulan yang lalu) keadaan di negeri Perak begitu kucar-kacir sehingga ada rakyat Malaysia negeri lain tidak berani datang ke Perak. (Suatu ketika terkenal dengan ilmu santau). Sekarang ini, kalau dilihat baik-baik dengan mata kasar atau mata halus, negeri Perak sudah aman dan tenteram. Tidak timbul lagi percanggahan pentadbiran dan kerenah birokrasi. Rakyat Perak sudah belajar dari pengalaman. Kalau benar-benar berlaku pilihan raya, pastikah keamanan, ketenteraman dan keharmonian ini akan kekal dan terpelihara?

Kalau hendak diikutkan perasaan puas hati, sampai bila dan ke mana pun tetap tidak akan dapat, selagi ia dinamakan manusia. PRU 13 sudah pun menjenguk-jenguk, terlihat sinarnya memancar tidak lama lagi. Bersabarlah seketika demi rakyat. Kadang-kadang bila terlalu yakin pun mungkin akan terjadi sebaliknya. Ibarat dalam permainan sukan, pasukan handal pun ada yang kalah dengan pasukan kerdil. Fikir-fikir lah!

KRISIS DI NEGERI SELANGOR:

Sudah cukup menjadi iktibar kepada rakyat. Macam-macam hal dan peristiwa berlaku. Ketahuilah, rakyat sebenarnya ingin hidup tenang, aman dan harmoni dan bukannya dikerah untuk menghadapi peristiwa hairan dan pelik yang dilaporkan di akhbar dan media massa yang lain. Mereka sudah melaksanakan tanggungjawab memilih pemerintah. Rakyat pun sudah jelak dan muak. Kalau 5 tahun dahulu, tiada pun masalah besar-besar seperti krisis pengagihan kuasa, pertikaian keadilan di mahkamah, penyelewengan dan rasuah, percanggahan agama dan kaum, reformasi jalanan dan sebagainya. Baru tidak sampai separuh penggal sudah ada macam-macam..Ini pula hendak diberi mentadbir sepanjang zaman. Fikir-fikirlah!!

(Ini adalah pandangan peribadi penulis)

No comments:

Post a Comment