Tuesday, January 19, 2010

BUKAN BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI

Today's Story- 19-01-2010


Pertemuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof dengan DYMM Seri Paduka Sultan Perak baru-baru ini sebagai kunjungan tanda hormat di atas perlantikan beliau yang diperkenan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Yang tidak menyeronokkan pada kita semua ialah pertemuan ini telah dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai petanda awal pembubaran DUN Perak. Kadang-kadang ini yang membuatkan kita semua akan tergelak besar, kerana ada-ada sahaja peristiwa atau berita yang hendak disensasikan. inilah suatu taktik pihak-pihak berkenaan untuk mengeruhkan suasana aman dan harmoni di negeri Perak (negeri kesayangan saya..). Bak kata orang Kuala.."Teman tak gemo rupe ini, weh!"

Lawati laman ini untuk tambah maklumat dan pengetahuan.
Permulaan Sebuah Perjuangan

Berita lain


Selesaikan masalah rakyat dalam 14 hari.


Ini adalah merupakan arahan YAB Menteri Besar Perak (kerajaan sekarang), Datuk Seri Dr.Zambry bin Abdul Kadir kepada semua pemimpin, ahli YB dan jabatan kerajaan. Setiap aduan rakyat mesti diberi jawapan dalam masa 2 minggu (14 hari).
Gaya seorang pemimpin


Ada yang menganggap ini sebagai suatu yang sukar dilaksanakan kerana menghadapi masalah kewangan. Mengapa soal kewangan????

YAB Datuk Seri Dr.Zambry melayan pemberita


Respons pada ruangan 7minit-Sinar Harian


Dipendekkan cerita- bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri MNJ berkata:
..hendak melihat terbinanya bangunan pencakar langit sebagai tanda pembangunan dalam tempoh 10 tahun memerintah adalah sesuatu yang amat mustahil. Sesiapa pun tidak akan mungkin dapat lakukan itu. Tetapi beliau mengakui cukup bangga kerana dalam tempuh 10 bulan kerajaan PR mampu mengubah "mind-set" rakyat. Semua bangsa, semua agama dapat duduk semeja, berganding bahu dan mampu membawa wawasan ke satu arah yang sama.

.......Itu situasi yang saya lihat masih lagi membelengu rakyat Perak malah mereka terus dibayangi dengan kemelut p[olitik yang belum ada kata putus.


Pada pandangan peribadi saya, apakah dengan terbinanya bangunan pencakar langit sahaja yang dikatakan sesebuah negeri, negara atau masyarakat itu membangun. Apakah ini sahaja sebagai KPI (Key Performance Indicator) pembangunan negara atau negeri khususnya di Perak? Bagi saya, pandangan ini amat dangkal kerana kita menuntut pembangunan insan yang menyeluruh mencakupi aspek-aspek sosio-budaya, adat, moral dan tata susila bangsa. Kita hari ini telah dihuru-harakan dengan pelbagai karenah politik, kejatuhan kredibiliti raja-raja Melayu, institusi raja tidak lagi dihurmati secara total,reformasi jalanan berlaku berleluasa, budaya saman-menyaman tidak habis-habis di mahkamah.

Sampai ke hari ini, rakyat Perak sudah jelas, faham dan akur. Tidak timbul lagi persoalan "belum ada kata putus". Biarlah kita tunggu PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang. Sekarang ini pun, oranmg-orang Perak sudah tahu untuk memilih.

"Duduk semeja" sememangnya sudah wujud sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Bukannya hari ini baru timbul soal persefahaman kaum, cuma yang menjadi masalah ialah isu persefahaman ini telah diputar belitkan secara halus, terutamanya kepada generasi muda yang masih buta sejarah. Akibatnya, hilang rasa hormat terhadap bangsa dan agama, khususnya agama Islam. Soalnya sekarang, siapakah yang menimbulkan perkara-perkara ini. Lantaran, mahu mengambil hati kaum-kaum lain, perasaan taat setia digadaikan, bangsa sendiri diabaikan. Inikah yang dikatakan mengubah mind-set.


Merenung kembali blog ke blog


Bicara Nobisha

Politik muafakat yang diutarakan di dalam blog ini amat saya setuju. Sebenarnya, inilah yang rakyat harapkan sangat. Kesepakatan Melayu-Islam amat penting terutamanya dalam isu keagamaan. Tapi, apa yang terjadi sekarang menampakkan ketidaksepaduan antara bangsa Melayu lantaran perbezaan fahaman politik. Kita sebenarnya sedang "dipermainkan" oleh rakan yang kita sangkakan "kawan". Janganlah berpolitik sampai agama dan bangsa tercicir. Usah amalkan politik kebencian, kutuk mengutuk. Kita yang rugi..

OneTravel.com Presidents Day  300x250

No comments:

Post a Comment